Rabu, 21 Oktober 2009

Tose

Bahan-bahan (10 keping )

2 cawan beras direndam 8 jam

1 cawan aluthu (kacang dal putih) direndam 8 jam

1 kepal nasi

Sedikit garam

Minyak masak

1/2 labu bawang besar


Caranya


1. Kisar semua bahan sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar (berpadanan dengan bahan yang dikisar, kadar adunan yang diperlukan adalah seperti adunan apam tapai / apam lenggang)
2. Masukkan garam dan kacau sehingga rata
3. Perap adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik

4. Celup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata atau kuali tak lekat.

5. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dgan api perlahan atau sederhana.

0 comments: on "Tose"

Catat Ulasan