Sabtu, 12 September 2009

Menghilangkan Batuk

Cubalah yang mana sesuai...

1. Minum Teh O dicampurkan dgn limau
2. Ambil asam jawa dan gula melaka...campurkan kedua2nya sama banyak dan didihkan bersama secawan air...bila air dah tinggal agak setengah cawan bolehlah dimatikan api...diminum 3x..
3. Ambil secawan air kosong campurkan satu sudu besar madu dan jus limau daripada setengah biji limau nipis. Amalkan 3 kali satu hari InsyaAllah sembuh. Jangan lupa sebut nama Allah dan selawat atas nabi sebelum minum.
4. Minum perahan air limau purut tanpa gula.
5. Dapatkan buah limau nipis (ambil yg paling kecik lebih kurang sebesar ujung jari kelingking), kemudian di makan. (Khusus untuk batuk berkahak dan batuk yg gatal)
6. Asam jawa di campur dgn kapur dan limau nipis, kemudian sapukan di leher.
7. Bakar bawang putih ( sekali dengan kulit ) hingga bertukar warna, tumbuk sehingga hancur. Campurkan dengan minyak masak dan sapu ke dada dan ubun ubun. Jangan lupa baca Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
8. 1 sudu besar madu + 1/4 sudu besar air kulit kayu manis (suam). Kacau sehingga sebati dan minum sewaktu perut kosong. Lakukan 3 kali sehari selama 3 hari - 7 hari. InsyaAllah bukan setakat batuk hilang, selsema, kahak, demam selsema, berhingus sepanjang tahun, lelah akan turut juga hilang. Jadi sebelum minum tu bacalah ayat Bismillah 5 3 x.
9. Ambil bawang merah seulas sebesar jari kelinking, kupas dan kunyah hingga hancur kemudian telan perlahan-lahan. Ianya akan meredakan sedikit batuk dan Insya Allah boleh tidur. Makan sebelum tidur.
10. Rebus kurma merah kering (kurma cina) bersama gula batu dan minum airnya.


Wallahu A'lam....

0 comments: on "Menghilangkan Batuk"

Catat Ulasan