Jumaat, 12 Jun 2009

Pais Ikan + Belimbing Buluh


Bahan:

20 ekor ikan halus yg boleh didapati di pasar,

Warnanya keputihan dan jernih. Cara siangnya, picit bahagian sisi ikan, kemudian belah dgn pisau bahagian belakangnya. Lepas itu tarik tulang dibahagian kepalanya sampai terkeluar dari badannya tetapi ikan tetap berbentuk biasa masih ada kepala dan ekor. Cuma bersih dari tulangnya sahaja.

1 helai daun kunyit dipotong halus
2 batang serai di mayang halus
5 biji buah belimbing buluh dipotong nipis2
3 biji cili merah ditumbuk kasar
5 biji cili padi ditumbuk kasar
Sedikit garam
Sedikit gula
1 helai daun pisang

Caranya:

Gaulkan kesemua bahan2 tersebut bersama ikan, perap sementara, sediakan daun pisang diletakkan diatas pembakar. Masukkan ikan tadi dan dibaluti dgn daun pisang dan teruskan membakar. Dihidang bersama air asam.



0 comments: on "Pais Ikan + Belimbing Buluh"

Catat Ulasan